Monday, June 11, 2012

Pertemuan Dajjal dengan Iblis Terkutuk


   Tujuh abad sebelum pelayaran seorang Sepanyol, Columbus, ke Amerika Utara, Dajjal yang menjelajah dunia pada ketika itu sedang berada di Amerika Selatan melaksanakan kepentingannya di Puerto Rico. Ia memutuskan untuk menjadikan Puerto Rico dan pulau Bermuda sebagai penopang bentuk piramid seperti bentuk piramid Firaun, dan merupakan yang terbesar pengaruhnya daripada piramid Firaun. Sementara itu, puncaknya adalah “kota dukun yang ditunggu”, yakni dirinya sendiri. Pada abad ke-8 M (abad ke-2H), ia berlayar menggunakan kapal bertenaga suria di segitiga yang dibayangkannya guna mengunjungi pantai Florida. Tetapi di tengah malam yang gelap, ia melihat cahaya dari kejauhan. Pada pancarannya terlihat bayangan istana dari kaca seperti kristal, dan pada kilauannya, para pengawalnya melihat makhluk-makhluk seperti anjing dan keledai. Mereka mendengar teriakan dan bisikannya dalam bahasa yang tidak difahami.

                Dajjal berkata pada para pengawalnya :
                “Apa yang aku lihat ini?” Mereka menjawab: “Wahai tuhan kami, kami hanya melihat cahaya dan mendengar bisikan. Khabarkanlah kepada kami apa yang engkau lihat, kerana kami tidak dapat melihatnya. Engkau adalah tuhan kami dan melihat apa yang tidak kami lihat.”
Ia menjawab, “Baiklah, serahkan urusan itu kepadaku.”

Kemudian ia mengeluarkan beberapa bahan dari kamarnya di atas kapal, lalu mencampurkannya, sehingga nampak bagi setiap orang yang melihatnya bahawa yang demikian itu seolah-olah gunung bercahaya atau binatang liar bertubuh besar yang bersinar. Ia melihat seluruh makhluk yang mengelilingi istana itu dalam kawalan penjagaan seperti nampak berjalan cepat ke dalam istana kerana ketakutan. Di antara mereka ada yang terbang menjauhi istana dan menjauhi arah kapal yang semakin mendekati istana sehingga merapat ke sana. Akan tetapi, yang aneh adalah bahawa semua pengawalnya mulai menguap dan tertidur seakan-akan mereka dipukau sehingga tidak berdaya. Ia pun menguap. Namun tanpa disedari ia meletakkan tangannya pada hidung dan mulutnya, serta bersiap-siap untuk memasuki istana yang membingungkan ini. Ia pun dikejutkan oleh puluhan, bahkan ratusan makhluk mirip anjing, keldai, kucing, dan ular yang mengelilinginya sambil menunduk sebagai tanda penghormatan.

                Salah satu di antara mereka maju sambil mengulurkan tangannya. Semuanya hitam. Bulunya hitam kelam seperti bulu anjing atau seladang hitam. Makhluk itu berbicara kepadanya dengan perkataan tidak didengar tetapi dipahami melalui telinganya sebagaimana manusia memahami manusia. Maknanya perkataannya itu adalah,

Raja agung menantimu. Ia adalah tuhan alam ini. Malam ini engkau menjadi  tamunya untuk menyetujui ikatan cinta dan menjalin suatu kerjasama. Engkau menjadi raja yang nampak dan ia menjadi raja tersembunyi.

 Dajjal memahami seluruh perkataannya. Lalu ia melalui arak-arakan yang menakutkan, sementara ribuan syaitan berdesak-desakan mendekatinya. Bahkan jutaan dari mereka, dalam pelbagai ukuran tubuh dari sebesar semut hingga sebesar lebah, ruas jari tangan, jari, telapak tangan, dan yang panjangnya seperti sehasta manusia, menari dan menyanyikan lagu yang tidak difahami. Namun ia memahami bahawa mereka sedang bergembira, kegembiraan yang luar biasa seakan-akan mereka menemukan harta pusaka.

               Kemudian Dajjal pergi ke aula besar yang dipenuhi gambar-gambar syaitan yang didominasi telapak tangan, jemari, jalinan, potongan dan bentuk-bentuk mirip binatang-binatang yang dikenal manusia, sementara yang lainnya berbentuk aneh yang tidak pernah dilihatnya. Yang paling menyolok adalah gambar kera. Ia melihat pada dinding itu terdapat kumpulan-kumpulan yang membingungkan. Pada jalinan-jalinannya terhimpun berita, khaba gembira atau makna-makna yang dikhususkan untuk manusia dan jin.
(Catatan : Jin mempunyai kemampuan untuk mendirikan bangunan dan menghias benar-benar seperti manusia. Hal itu dijelaskan dalam firman Allah Swt  dalam Surah Saba ;


                Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Halaman luar tempat ibadah Nabi Sulaiman meliputi kolam sangat luas yang dituangi perunggu dan disangga dua belas patung lembu yang menggambarkan dua belas kabilah. Kolam ini dinamakan “laut perunggu”. Barangkali itulah yang dimaksud dalam firman-Nya : … Dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam,…)

Tiba-tiba mereka menghentikannya di hadapan salah satu makhluk yang sedang menunduk agar mereka masuk kepada tuan besarnya sambil menunduk. Ia menolak. Mereka berbisik kepadanya, “Ini adalah etika masuk kepada raja yang menjadi tuhan.” Maka ia berkata kepada mereka, “Aku adalah raja yang menjadi tuhan.” Maka mereka menunduk kepadanya, dan meninggalkannya sendirian. Kemudian ia masuk sambil menunduk. Ia mendapati dirinya berada di dalam ruangan luas dan gelap. Namun cahaya berwarna jingga tua bersinar dari salah satu sisinya. Tiba-tiba ia merasakan seakan-akan seluruh ruangan itu diterangi cahaya seperti api. Ia mendapati dirinya berhadap-hadapan dengan makhluk yang hodoh rupanya, menyeramkan, hampir-hampir membekukan darah dalam salurannya. Maka iblis terkutuk itu mendekatinya tanpa menunduk. Lalu keduanya saling berjabat tangan. Iblis semoga Allah S.W.T melaknatnya berkata,

“Wahai manusia (tanda) kiamat, aku telah menantimu sejak jutaan tahun. Aku telah membuat persiapan untukmu sejak kemunculan nabi dari Arab ini untuk kita hancurkan umatnya yang menghadang dan merintangi kita. Permusuhan antara kita dan mereka tidak akan hilang. Entah mereka yang menang atau kita yang menang. Kalau kita menang, kita telah mengalahkan Allah. Kalau kita mengalahkan Allah, kita menjadi tuhan bersama-Nya, yang tidak ada sekutu bagi kita. Itulah saatnya kita mencipta sebagaimana Dia mencipta. Jika tidak, katakanlah padaku, dari mana Allah mendatangkan makhluk-makhluk ini dan menciptakannya dari kaf dan nun? Pasti Dia belajar dari tuhan sebelum-Nya dan dapat memahami rahsia-rahsianya, kemudian mengkhianatinya dan menciptakan ini dengan apa yang diketahui-Nya dari rahsia-rahsia itu.  Aku dan engkau dapat mencapai apa yang telah dicapaiNya hanya dengan memusnahkan umat ini. Allah telah mengampuni Nabi mereka atas dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang, memberi mereka malam al-qadar yang lebih baik dari seribu bulan, memberi mereka tempat wukuf di ‘Arafah. Mereka kembali dari ‘Arafah bagaikan dilahirkan kembali oleh ibunya, memberi mereka istighfar (permohonan ampunan) dan lalu Dia pun menerima ampunan mereka, dan memberi mereka taubat dan menerima taubat mereka selama sebelum sarakat. Dia telah memuliakan mereka. Lantas, mengapa kita tidak menguasai dan menghancurkan mereka dengan keinginan nafsu dan cubaan hidup berupa harta, anak, wanita, emas, hukum, kekuasaan, dan kedudukan? Kita kirim kepada mereka para pembantu kita dari kalangan syaitan, jin, dan manusia untuk menghancurkan mereka semuanya serta merobek Al-Quran dalam dada mereka sehingga mereka menjadi Muslim hanya dalam nama saja. Kita jadikan orang-orang Yahudi, bangsamu itu, sebagai pemegang kepimpinan serta penerima korban dan tebusan sehingga mereka menetapkan pajak dan memperoleh apa yang dijanjikan pada mereka untuk menguasai Palestina. Dengan begitu, mereka menjadi penguasa seluruh dunia. Aku menjadi sahabatmu yang tersembunyi dan sekutumu di atas ‘arsy dan kekuasaan’.

Ikatan Yang Menakutkan

Dajjal membuka mulut dan membelalakkan mata. Untuk pertama kalinya ia mendengar perkataan memuaskan dari tuhan yang menciptakan seluruh alamnya. Ia bertanya kepadanya tentang Adam dan Hawa, serta masalah godaan kepada keduanya yang mengeluarkan mereka dari Syurga sebagaimana diberitakan dalam riwayat-riwayat agama. Iblis tidak mahu mengkhabarkan kepadanya bahawa para nabi itu diberi wahyu dan kemudian mereka menyelewengkannya. Malahan, Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad diselewengkan para sahabatnya dalam beberapa bahagian.

Semua masalah itu tersembunyi dalam kisah kedengkian Adam kepada Azazil, nama Iblis waktu kecil, yang berasal dari bahasa Suryani dan bererti “yang diagungkan Allah”. Kerana masalah ini bukan masalah kedua makhluk jahat itu, secara ringkas ia memuaskan rasa ingin tahu Dajjal bahawa Adamlah yang membuat tipu daya untuk mengeluarkan Azazil dari Syurga melalui Hawa. Namun, Azazil menolak dan memberitahukan kepadanya bahawa Tuhan murka kepada Adam dan Hawa kerana kedengkian mereka dan mereka ingin berdua tinggal di Syurga tanpa Azazil.  Adam memberitahu kepada Tuhan Yang Maha Besar, untuk menolak tuduhan Iblis, bahawa Azazil itulah yang memaksa Hawa memakan buah pohon terlarang itu. Adam dan Hawa memakan buah itu menurut kehendak mereka, padahal aku telah memperingatkan mereka. Tuhan pun murka kepada kami semua. Iblis berkata :

      “Dia menurunkan kami ke bumi. Dia memberitahu kepada kami ketika dalam perjalanan turun bahawa pihak yang mengalahkan pihak lain akan menjadi tuhan atau anak tuhan.”

 Dajjal mulai mendengar saudara tuanya dengan penuh perhatian seakan-akan terpengaruh oleh sihir yang dimainkan penyihir professional. Perkataannya indah, ideanya menarik, pandangannya menyentuh, dan isyaratnya simpati. Seolah-olah ia adalah orang tuanya yang telah lama mencarinya. Akhirnya mereka menyepakati perjanjian bertulis. Perjanjian itu menyebutkan:

“Keduanya adalah satu makhluk. Yang satu terlihat dan satunya tidak terlihat. Tujuan persahabatan itu adalah ‘menghancurkan’ Islam dan kaum Muslim, menegaskan dan menampakkan kesalahan Yang Maha Besar yang telah tua-renta, dan menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi adalah umat terbaik yang diutus kepada manusia, bukan kaum Muslim yang memiliki sifat Dajjal.”

Kemudian ditetapkan bahawa istana pusat Iblis berlokasi dekat Bermuda yang merupakan singgahsana Iblis selamanya. Singgahsana itu dibangunkan berdasarkan kaedah ilmiah dan teknik fizik yang mendahului dunia jin dan hanya dicapai oleh segelintir manusia. Sebuah kota sempurna sebahagian terendam di dalam air dan sebahagian lagi berada di atas permukaan air. Kota itu seakan-akan sebuah benteng yang bahagian atasnya terapung dan dapat dipisahkan dari  bahagian bawahnya berupa kota tetap yang dilindungi dengan penyinaran dan tenaga. Rajanya yang bersemayam di atas singgahsana adalah penduduk pulau laut timur yang mengendalikan bola bumi sampai tiba saat keluar yang sebenarnya.

                “Adapun rincian perjanjian dan langkah-langkah kerja akan dijelaskan dalam pertemuan-pertemuan khusus kita yang sangat rahsia dan dicatat dengan peringkat peka yang merakam pembicaraan. Kita adalah satu. Kita merupakan sekutu Tuhan kita dalam kekuasaan.

Persetujuan Bersama:


Raja Yahudi yang ditunggu-                                                                                         
tunggu dan dijanjikan kerajaan          
seribu penduduk.   

 Raja jin dan syaitan yang         
 terusir secara zalim kerana                                                                             
Adam terkutuk dan anak cucunya   
 yang tidak mengikut  kami.

Iblis terkutuk itu menyatakan kemenangan dan kecerahan dengan harapan bahawa di masa depan ia dapat melaksanakan rencananya atas anak cucu Adam. Ia mendatangi seluruh dunia jin kafir dan syaitan, dan menyatakan pidato berikut:

“Dengan namaku, akulah tuhan yang agung bagi duniamu dan seluruh dunia ini. Dengan nama sahabat dan pendampingku serta saudara kembarku, anak Samirah, aku senang memanjakannya dengan membuang huruf namanya, yang tidak seperti orang-orang Arab membuang huruf nama itu dengan membuang huruf namanya. Kami, raja, membuang dua huruf namanya sehingga sahabatku itu menjadi ‘Sam’ atau ‘Paman Sam’ bagi seluruh manusia. Ia adalah saudara dan bayanganku bagi mereka. Oleh kerana itu, Paman Sam adalah paman kamu sekalian dan paman setiap orang yang beriman kepada kami. Sebab, ia adalah saudaraku dan penjelmaan dariku. Ia adalah pemberi syafaatku bagi manusia. Jikalau ia tidak datang, pasti aku akan melahap semua manusia dengan mulutku. Tetapi ia datang untuk menyelamatkan mereka dan untuk mewujudkan harapan umat terseksa di bumi Yahudi. Berkumpullah hai anak-anak kegelapan. Hari ini adalah permulaan umur baru di dalam sejarah bumi ini dan sejarah kamu sekalian. Inilah sejarah yang mengizinkan kamu sekalian untuk menguasai manusia demi bakti tuhan kalian dan saudara kembarnya. Aku adalah orang ini, dan orang ini adalah aku. Minumlah arak, kerana akal perlu istirehat. Adalah pesta selama empat puluh hari empat puluh malam. Setelah itu, kamu sekalian akan meninggalkan saudara kembarku yang akan pergi untuk memerintah manusia dan menggantikanku. Hendaklah kita membantunya dalam membangun benteng raksasa di dalam air dan di permukaannya, serta di atas sebidang tanah di dunia ini yang dekat dengan istanaku ini. Malam ini pesta dimulai. Menyebarlah.“

Istana itu ramai dengan hiruk-piruk dan malam-malam indah. Iblis mengajak saudara kembarnya ke kamar tamu besar yang telah disiapkan untuknya. Setiap malam mereka berdua mengadakan pertemuan hingga pagi hari. Lalu masing-masing kembali ke kamarnya. Selama empat puluh hari selesailah pembuatan “aturan kerja” dan “penetapan langkah-langkah syaitan untuk memerintah dunia”. Dibentuk pula konsep protokol bagi pengendalian dunia dan kaedah penguasaannya. Pada pesta perpisahan dengan sahabatnya, Dajjal pun keluar. Ia menggerakkan kapalnya beserta para pengawalnya yang mulai bangun dari tidur selama empat puluh hari empat puluh malam. Yang pertama kali mereka lakukan adalah bersujud kepada Dajjal. Mereka berkata:

                “Engkau menjadi suci, wahai junjungan dan tuhanku. Engkau telah menjadikan kami mati dengan kebijaksanaanmu, dan sekarang kami menjadi hidup dengan rahmatmu.” Ia menjawab, “Apakah kamu semua tahu berapakah umur kamu ketika mati di hadapanku?”. Mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Ia berkata, “Empat puluh hari. Hendaklah selalu membiasakan pesta kematianmu selama empat puluh hari. Pada empat puluh hari aku menghidupkan mereka sekali lagi untuk memasukkan mereka ke dalam Firdaus, namun kamu tidak melihat mereka.”

Sumber : Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Segitiga Bermuda
Karya   : Muhammad Isa Dawud

1 comment:

  1. Salsa Guacamole - Titsanium Art and Design
    Salsa titanium for sale Guacamole is the newest, delicious salsa in the ford ecosport titanium world created from titanium trim hair cutter reviews a blend of fresh habanero peppers, roasted medical grade titanium earrings tomatoes and titanium wedding band sets a touch of garlic to bring

    ReplyDelete